Assalamu’alaikum wrt
Salam Ramadhan Kareem kepada semua pembaca blog yg dihormati…
Tugas dakwah adalah kerja umat Nabi saw..semua yang mengaku
umat Nabi saw bertanggung jawab untuk jalankan kerja dakwah..
Seorang engineer adalah da’ie..begitu juga seorang pengutip
sampah yang bekerja dengan alam flora..walaupun bidang kerja seorang engineer adalah
berdepan besi..mesin, computer dan sbg..pengutip sampah pula berurusan dengan
bahan2 buangan..namun tetap bertanggugn jawab mengajak manusia kepada Allah
swt..apatah lagi guru2..yang kerjanya bergelumang dengan manusia.. .
Gelaran bikers biasanya mempunyai konotasi makna yang agak
suram..walaupun tidak gelap sepenuhnya..mat rempit..lumba haram..kaki
ragut..adalah nama2 yang seringkali dikaitkan dgn penunggang motorsikal..jika
di jalan-jalan raya..di Bandar mahupun kampung2..yang biasanya mendapat
sumpahan dan kata2 cercaan adalah penunggang motorsikal..walaupun sesekali
terselit juga cerita2 ride amal ke rumah2 anak yatim..bantuan2 dan sumbangan2
derma yang dilakukan oleh kelab2 motor..namun kebaikan2 sebegini belum mampu
untuk memutihkan sisi2 gelap yang dilakar oleh segelintir penunggang motorsikal yang bertanggungjawab membentuk satu mind set yang negatif
kepada masyarakat umum.
Atas perkara tersebutlah maka terlontar idea untuk menamakan
blog ini dengan bikersdaie. Kami adalah bikers dan kami juga da’ie yg
bertanggungjawab mengajak manusia kepada Allah..
Rasulullah saw berdakwah dengan lisan dan akhlaq.. Elemen
kedua itulah yang paling memberi kesan dlm dakwah baginda saw. Banyak
diceritakan bahawa ramai di kalangan penduduk Mekah dan Madinah yang memeluk
Islam kerana terpesona dengan akhlaq Rasulullah yang sangat mulia..Justeru,
sebagai ittiba’ kepada akhlaq baginda Rasulullah saw maka kami letakkan motto
blog ini “bikers biar baik”..
Berjalan di muka bumi ini adalah juga perintah Allah
saw..kami memilih untuk menyahut seruan Allah itu melalui cara berkonvoi dengan
motorsikal.. Justeru sebagai da’ie yang mempunyai rasa tanggungjawab untuk
menjadi cermin yang memantulkan imej positif bikers kepada masyarakat awam,
maka setiap ride yang kami lakukan perlu mengikut landasan2 syariat. Solat
berjemaah..berusaha menjauhi unsur2 maksiat..menjalin hubungan slaturrahim sesama
muslim dan beramah mesra dengan non muslim serta cuba menunaikan hak2 mereka..mengamalkan adab2 dan etika2
yang baik ketika berhenti rehat..makan minum dan sebagainya.
berusaha sedaya mungkin mengutamakan pemandu kenderaan2 lain dsb..adalah di antara perkara2 yang kami cuba maksimumkan dalam ride2 dan konvoi2 yang kami jalankan..di samping kami merancang utk mengadakan ride2 amal bagi membantu fakir2 miskin..serta ziarah2 masjid dan sebagainya..adalah di antara usaha2 kecil yang dapat kami lakukan agar minat dan kecenderungan kami sebagai bikers tidak hanya sia2..bahkan menjadi satu amalan baik serta memenuhi tugas kami sebagai da’ie kepada Allah..
berusaha sedaya mungkin mengutamakan pemandu kenderaan2 lain dsb..adalah di antara perkara2 yang kami cuba maksimumkan dalam ride2 dan konvoi2 yang kami jalankan..di samping kami merancang utk mengadakan ride2 amal bagi membantu fakir2 miskin..serta ziarah2 masjid dan sebagainya..adalah di antara usaha2 kecil yang dapat kami lakukan agar minat dan kecenderungan kami sebagai bikers tidak hanya sia2..bahkan menjadi satu amalan baik serta memenuhi tugas kami sebagai da’ie kepada Allah..
Doakan kebaikan untuk kami..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan