Selasa, 6 Ogos 2013

kancil turbo


Sejarah kancil

Perodua kancil mula dikeluarkan pada tahun 1994-2009. Mempunyai 2 jenis enjin iaitu 659cc tiga silinder carburator 31hp 4 kelajuan manual dan diupgrade sket 5 kelajuan manual atau tranmisi auto 3 kelajuan dan satu enjin lagi 847cc 3silinder carburator 37 hp 5 kelajuan manual atau 3 kelajuan auto..pihak perodua ade membuat beberapa facelift terhadap model kancil ini dan model di facelift kan yang terakhir adalah lampu bulat seperti gambar di bawah

Model kembar bagi kancil di jepun adalah Daihatsu mira l2 dan l2s..model ini ada yang enjin na dan enjin turbo



Model Daihatsu mira L200 adalah kembar kancil..inilah rupanya..tp mempunyai byk spec, ade 2 pintu, 4 pintu, enjin carburator 3 silinder na, efi(injection) 3 silinder na dan turbo.. bagi model turbo sebanyak 64 hp output enjin ini..dah tentulah bagi kaki kaki mod, model l2 atau l2s tebo menjadi pilihan untuk dimuatkan dlm enjin bay masing2,,..bagi model l2 dan l2s enjinya ada sedikt sahaja perbezaan tetapi rupa luaran banyak bezanya, dan gearbox ade yg lsd ade yg biasa, kalu lsd harga half cut mahal sket...ok, sy tak nak ulas panjang sejarah dan model2 l200 ni, nnti pembaca boring plak..penulis tahu sket pasal kancil ni sebab banyak bertanya dan mengkaji, dan google semasa hendak membuat penukaran enjin kancil dulu..

Kisah tukar enjin..
Minat penulis utk tukar enjin kancil adalah kerana kuasa yang rendah dan lemau bg kancil standart..kancil penulis adalah model 850 ..disebabkan kuasa yang begitu sedih bg enjin ini, penulis pun mencari maklumat dan tukar dengan enjin Daihatsu mira L2s auto.. masa tu hg halfcut adalah rm2000 shj..selesai sahaja tukar enjin dan menukar beberapa peralatan yang perlu, penulis pun test power..kuasa yg dirasai mmg sungguh lazat kerana kuasa bertambah 100 peratus dan pick up yg bagus berbanding sebelumnya..tapi ade cut off iaitu 140km/j shj..disebabkan boring dengan gearboz auto, kancil ini ditukar plak dengan gearbox manual,,..lagi la best utk di try test..berdesupppp...kasi tukar blow off, mmg syok bunyi "bersin" kete ini 
*amaran:jgn buka cut off ini kerana boleh mendatangkan bahaya..

Sonang jo kalu nak buke cut off ini, tp raahsia laa..kalu dibuka kete boleh diperah sehingga 180 km/j dan tak susuai untuk merembat kancil selaju itu..menempah masalah namanya..
wajah kancil selepas disalin dengan enjin daihatsu l2s tebo
enjin l2s
dashboard l5
Selepas itu, mulalah mencari sedikit barang JDM..bermula dengan dashboard L5 yang cun, seat depan dan belakang L5 tetapi seat ini kena curi daaaa...pagi2 nk g keje buka kete lapang jer..jahanam punyer pencuri g amik seat aku...mmg geram btul..kemudian beli plak seat et l2s..lembut dan empuk..spot rim l2s, bonet dan radio double din kenwood...kemudian kancil ini “dijual” kepada adik penulis...
Bila dah tinggal satu kereta, mulalah rasa ssh..dok pk2 dan google2 pasal kete, penulis pun beli skali lagi model kancil, tapi kali ini telah siap ditukar enjin l2s turbo..hanya touch up sket sket jer
full bodypard l2s
untuk menambah lagi power, unit turbo di tukar dengan tebo TD04..ini bermakna kete2 na 1.8 dan 2.0 jgn ngada2 nk nyakat, dan beberapa peralatan ditukar dan ditambah utk menyesuaikan dengan pertambahan kuasa dari tebo baru ini...sedikit masalah apabila tukar tebo besar adalah masalah 'tebo lag" iaitu kuasa sela masa untuk mendapatkan kuasa apabila rpm rendah.. sampai sini dulu kisah kancil tebo..
nnti ade masa dan gambar lame lama yg nostalgia, penulis akan tulih lagi pasal kisah kancil tebo ni, sebab pjg lagi ni,..mata pun dah ngantuk

2 ulasan:

  1. gearbox manual tu bang pakai yg asal balik ke?

    BalasPadam
  2. Salam bossku.. Nak tanya code untuk player kenwoord dpx-8000mj.. Bila tukar kereta, dia minta code. Sekiranya tahu blh kongsi.. Terima kasih.

    BalasPadam