Isnin, 29 Julai 2013

Mengapa nama ini


Assalamu’alaikum wrt
Salam Ramadhan Kareem kepada semua pembaca blog yg dihormati…

Tugas dakwah adalah kerja umat Nabi saw..semua yang mengaku umat Nabi saw bertanggung jawab untuk jalankan kerja dakwah..
Seorang engineer adalah da’ie..begitu juga seorang pengutip sampah yang bekerja dengan alam flora..walaupun bidang kerja seorang engineer adalah berdepan besi..mesin, computer dan sbg..pengutip sampah pula berurusan dengan bahan2 buangan..namun tetap bertanggugn jawab mengajak manusia kepada Allah swt..apatah lagi guru2..yang kerjanya bergelumang dengan manusia.. .


Gelaran bikers biasanya mempunyai konotasi makna yang agak suram..walaupun tidak gelap sepenuhnya..mat rempit..lumba haram..kaki ragut..adalah nama2 yang seringkali dikaitkan dgn penunggang motorsikal..jika di jalan-jalan raya..di Bandar mahupun kampung2..yang biasanya mendapat sumpahan dan kata2 cercaan adalah penunggang motorsikal..walaupun sesekali terselit juga cerita2 ride amal ke rumah2 anak yatim..bantuan2 dan sumbangan2 derma yang dilakukan oleh kelab2 motor..namun kebaikan2 sebegini belum mampu untuk memutihkan sisi2 gelap yang dilakar oleh segelintir penunggang  motorsikal yang bertanggungjawab membentuk  satu mind set yang  negatif  kepada masyarakat umum.

Atas perkara tersebutlah maka terlontar idea untuk menamakan blog ini dengan bikersdaie. Kami adalah bikers dan kami juga da’ie yg bertanggungjawab mengajak manusia kepada Allah..

Rasulullah saw berdakwah dengan lisan dan akhlaq.. Elemen kedua itulah yang paling memberi kesan dlm dakwah baginda saw. Banyak diceritakan bahawa ramai di kalangan penduduk Mekah dan Madinah yang memeluk Islam kerana terpesona dengan akhlaq Rasulullah yang sangat mulia..Justeru, sebagai ittiba’ kepada akhlaq baginda Rasulullah saw maka kami letakkan motto blog ini “bikers biar baik”..

Berjalan di muka bumi ini adalah juga perintah Allah saw..kami memilih untuk menyahut seruan Allah itu melalui cara berkonvoi dengan motorsikal.. Justeru sebagai da’ie yang mempunyai rasa tanggungjawab untuk menjadi cermin yang memantulkan imej positif bikers kepada masyarakat awam, maka setiap ride yang kami lakukan perlu mengikut landasan2 syariat. Solat berjemaah..berusaha menjauhi unsur2 maksiat..menjalin hubungan slaturrahim sesama muslim dan beramah mesra dengan non muslim serta cuba menunaikan  hak2 mereka..mengamalkan adab2 dan etika2 yang baik ketika berhenti rehat..makan minum dan sebagainya.

berusaha sedaya mungkin mengutamakan pemandu kenderaan2 lain dsb..adalah di antara perkara2 yang kami cuba maksimumkan dalam ride2 dan konvoi2 yang kami jalankan..di samping kami merancang utk mengadakan ride2 amal bagi membantu fakir2 miskin..serta ziarah2 masjid dan sebagainya..adalah di antara usaha2 kecil yang dapat kami lakukan agar minat dan kecenderungan kami sebagai bikers tidak hanya sia2..bahkan menjadi satu amalan baik serta memenuhi tugas kami sebagai da’ie kepada Allah..


Doakan kebaikan untuk kami..





Jumaat, 19 Julai 2013

Khamis, 11 Julai 2013

rombongan kl

rombongan pelajar sekolah menengan kebangsaaun teluk sentang ke kl pada 6 julai 2013 ke kuala lumpur










ride kemaman (semarak ramadhan)

sempena menyambut ramadhan, kami ke kemaman n kemasik yg dianjurkan oleh cg hairizal (smk bkt cermin)... ini dia hairizal (bikers kental) yang pakai baju kuning ni... vulcan 500
aksi hairizal semasa bersarapan di rnr temeloh
trip ini kali seramai 13 orang, 3biji versys, 1 er6n, 1 er6 f,1 z750, 4 vulcan 500, 1 honda shadow, 2 vulcan 900 (abg polis)
Add caption
di shel rnr temeloh jam 8.30 am
inilah semua biker..,mana penulis..oooo sy yg amik photo dgn camera sony baru dibeli oleh ustaz muslim..
er6 n kuning-ust muslim, erf6 f hijau-zelhaj n versys kuning- cg din-penulis blog


itu dia...husaini dgn zx2, tak dpt sertai konvoi kali ini coz perlu gerak ke kl
tiba di kg geliga kemaman
semua kepenatan..cg fauzi memikirkan spotlight patah semasa di lpt dkt gambang

warung aziz satar di kg geliga kemaman

dari kanan-zelhaj, din, azman, sadli, shauki
dari kiri-nazri,en asp bera, abg polis, hairizal n fauzi
klik-klik di warung aziz satar



di kemasik

pekena air kelapa dulu
shauki di tengah
keindahan tepian pantai memperlihatkan kepada kita keagungan ciptaan Allah
vn 900
sesi diskusi..hehehee..
kami gerak balik jam 2.00 pm, singgah jap di kemaman beli keropok lekor..