Rabu, 21 Ogos 2013

misteri bola hitam dan bola putih

kisah ini berlaku pada sebuah keluarga yang sangat bahagia..
sepasang suami isteri baru dikurniakan seorang cahaya mata lelaki dalam hidup mereka..jadi mereka sangat gumbira dengan kehadiran bayi lelaki..si ayah adalah seorang ahli perniagaan dan si isteri bekerja dengan sebuah jabatan kerajaan.
kegembiraan keluarga ini tidak lama, kerana apabila bayi mencecah umur 3 tahun, si isteri meninggal dunia. Jadi si suami tadi sangat rasa sedih..untuk memudahkan menguruskan anak, si suami ini mengamnil seorang pembantu rumah dan si suami ini menjadi seorang yang sangat workerholic.. setiap hari pergi pejabat awal pagi dan pulang lewat ptg ataupun malam menguruskan perniagaan yang semakin berkembang maju.. 
si anak semakin meningkat umur dan berseolah tadika..pada umur ini ramai kanak2 bermain kereta remote control, dan pembantu rumah memberitahu kepada si ayah bahawa ramai rakan2 anaknya bermain kereta remote control, tuan belilah sebuah untuk anak tuan..si ayah pun bertanya pada kepada si anak,..anakku, adakah kamu inginkan sebuah kereta remote control, si anak menjawab, tidak ayah, apa yang saya nak adalah sebiji bola hitam dan sebiji bola putih..jadi si ayah pun belikan kereta remote control beserta sebiji bola hitam dan sebiji bola putih..
umur anak meningkat lag ke sekolah rendah, pada zaman ini semua rakan anak2nya bermain dengan skateboard..jadi pembantu rumah pn memberitahu akan halnya..jadi si ayah bertanya kepada anaknya..anakku, adakah kamu inginkan skateboard..tidak ayah, kalu ayah, yang saya nak adalah sebiji bola hitam dan sebiji bola putih, siayah pun belikan skateboard dan sebiji bola hitam dan sebiji bola putih,... si anak sangat suka..
umur anak terus meninggkat, semasa hampir mengambil peperiksaaan UPSR semua rakan-rakan anaknye bermain kasut roda..jadi pembantu rumah memberitahukepada si ayah, tuan, semua rakan anak tuan ada kasut roda, saya rasa tuan patut belikan kepada anak tuan kasut roda, sekali lagi si ayah bertanya kepada si anak dan sekali lagi si anak memberijawapan tak nak kasut roda, yang dia nak adalah sebiji bola hitam dan sebiji bola putih..si ayah berasa hairan kerana anaknya hanya inginkan sebiji bola hitam dan sebiji bola putih.. jadi si ayah pun membelikan juga kasut roda bersama sebiji bola hitam dan sebiji bola  putih, si anak sangat gumbira..
si anak membesar dan melangkah ke alam sekolah menenga, semua rakan rakanya bermain basikal. dan sekali lagi pembantu rumah memberitahu, tuan, semua rakan anak tuan bermain basikal, tuan belilah sebuah untuk anak tuan, dan siayah bertanya kepada anaknya, anakku, adakah kamu inginkan basikal..tidak ayah, yang saya mahukan adalah sebiji bola hitam dan sebiji bola puti..si ayah pun membelikan basikal yang paling mahal di pasaran dan sebiji bola hitam dan sebiji bola butih,..
si anak mendapat keputusan yang cemerlang dlm SPM dan melanjutkan pelajaran ke universiti..si ayah ingin memberikan hadiah. dan bertanya kepada si anak..anakku, ayah ingin berikan hadiah diatas pencapaian cemerlang dalam SPM, ada apa2 yang anak mahu..tidak ayah, yang saya mahukan sebiji bola hitam dan sebiji bola putih..si ayah merasa hairan atas permintaan anaknaya mengenai bila hitam dan putih..dan si ayah pun membelikan satu almari bola hitam dan putih berserta sebuah motosikal harley davidson sebagai hadiah..anaknya sangat gembira dengan hadiah daripada ayahnya..
pada suatu hari si ayah inginkan jawapan mengapa anaknya selalu minta bola hitam dan bola putih..si ayah pun ingin bertanya apabila balik kerja..tetapi disebabkan seorang yang workeholic, si ayah balik lewat keranan menyiapkan banyak tugasan di ofis, dan pada waktu sama sianak mencuba untuk menunggang motosiakal harley davidson tersebut..
si anak menghidupkan enjin dan bawa motosikal tersebut di sebuah lebuhraya..si anak memecut laju motosikal tersebut dan ade sebuah kereta wira yang telah diconvertkan enjin mitsubishi turbo 2.0, 280 hp, torque 341 Nm...di lebuhraya dan si anak bertanya kedapa driver wira tebo tadi, alooo brader, you penah bawa tak motosikal ini, dan driver itu sangka si anak tadi ingin berlagak dengannya, allo budak, you ingat aku tak mampu beli moto tu..dan driver kereta itu pun memecut laju meninggalkannya..
si anak pulas minyak mengejar kereta wira tebo tadi, sampai jer beriringan si anak tadi bertanya lagi, allooo brader, you penah bawa tak moto ni? skali lagi brader kereta di menjwab yang sama dan memecut kereta meninggalkan motosikal harley davidson tersebut..dan si anak pun pulas lagi full throttel mengejar dan terus menigganlkan wira tebo tadiii...
tak lama kemudian, driver wira tebo nampak satu kemalangan dan rupanya budak tadi yang bawa motosikal harley davidson..dan terbit rasa simpati..brader itu pun berhenti dan ingin bagi bantuan..brader itu pun tanye kepada si budak tadi, kenapa tanya dia penah bawa ke tidak motosikal harley davidson.. budak itu pun menjawab, dia kata, kalu brader penah bawa, dia nak tau brake motosikall ni kat mana sebab dia tak tahu..
di pendekkan cerita, si ayah pn sampai di tempat kemalangan tersebut dan nampak anaknya terbaring..di kepala ayahnya masih lagi ade persoalan berkaitan bola hitam dan bola putih..si anak yang cedera parah nampak ayahnya datang kepada nya,..si ayah menangis melihat anaknya..anaknya bertanya, adakah ayah bawakan bola hitam dan bola putih..si ayah bertanya pula..mengapa anakku...kamu selalu minta bola hitam dan putih kepada ayah...begini ayah, sebenarnyaaaaa..................
tidak sempat si anak memberikan jawapan, si anak tadi telah pun menghembuskan nafas yang terakhir...
jadi, kisah ini masih lagi misteri...misteri bola hitam dan bola putih belum terungkai..kalu pembaca sekalian tahu mengenai misteri ini, sila email kepada saya zainudintj3@gmail.com

1 ulasan: